Sunday, 1 September 2013

Rebus Telur Guna Amway Pressure Cooker

Teks: Anisah Abd Rahman

Terbaik! inilah perkataan yang keluar semasa saya mengupas telur yang dimasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker. Tagline apabila saya memasak menggunakan Pressure Cooker ini, "yang mudah akan bertambah mudah"

Bagi yang sudah memiliki Pressure Cooker ini akan rasa berbaloi sangat lah. Selalu orang tidak suka membeli periuk yang dikira mahal ini kerana dia bukan selalu memasak pon. Jika banyak duit tidak ada masalah. Tetapi jika terlalu kerap minum dan makan di luar juga tidak bagus untuk kesihatan dan kewangan.

Memang sudah niat dalam diri, tidak akan membuat pembaziran jika beli sesuatu barang. Saya akan guna sepenuhnya.

Saya test kehebatan merebus telur guna periuk ajaib ni. memang terbaik, saya masukkan telur, masuk air agak-agak paras telur dan saya setting High Pressure 02. Selepas selesai periuk ini memasak dia akan automatic bertukar function ke Preheat. On elektrik dan saya tak perlu risau lagi. saya dah boleh meneruskan aktiviti lain, nak tido pon tiada masalah.

Jika sebelum ni tidak ada pressure cooker, rebus telur pon senang bukan maslah yang besar. Tetapi ciri keselamatan agak kurang jika kita rebus telur kemudian tertido. Air didalam periuk tersebut akan kering dan agak-agak apakah seterusnya akan terjadi.

Untuk kawan-kawan yang sudah mempunyai Periuk Ajaib ini jangan lupa mencuba.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete