Monday, 23 September 2013

Network Marketing adalah salah satu keajaiban dalam dunia ini.

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini saya cuba meyakinkan sahabat baik saya tentang cara yang sangat munasabah untuk menjana pendapatan tambahan.

Saya sudah mulakan perniagaan ini sejak 2011. Sehingga sekarang sudah masuk 3 tahun saya libatkan diri dalaam bidang ini. Saya berani cakap selama 3 tahun ini tiada kerugian yang saya alami. Saya juga tidak pernah rasa teraniya dan menganiaya orang lain.

Setelah 3 tahun, kini saya rasa yakin untuk berkongsi ilmu ini dengan kawan-kawan. Setelah usaha saya membuahkan hasil.

Tidak di nafikan, pada awal saya menceburi bidang ini, saya takut-takut dan memang dijauhi oleh kawan-kawan. Saya tidak meyalahkan sesiapa kerana masing-masing ada kefahaman sendiri tentang network marketing.

Tetapi tak kenal maka tak cinta. Rugi la kita menghakimi sesuatu tanpa mencuba atau menyelidiki terlebih dahulu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 3 tahun yang lepas saya berani mencuba. Kini impian saya satu demi satu dapat ditunaikan.

Perniagaan ini adalah salah satu perkara indah dalam hidup saya. Ia buat saya bahagia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment