Tuesday, 20 August 2013

Certificate Error, punca stress hari ini

Teks: Anisah Abd Rahman

Tiada benda lain yang patut saya ucapkan selain Alhamdulillah. Seharian ini saya sangat stress kerana kerja saya tak berjalan dengan lancer.

Stress memang tersangat stress, habis dengan anak-anak pon saya garang. tapi saya bukan la ibu yang kejam sampai nak pukul anak-anak kan.

Mana saya tak stress kedua-dua laptop saya buat hal. Apabila saya nak mula kerja on jer laptop asyik la keluar message CERTIFICATE ERROR......sangat menyusahkan dan merimaskan.

Dah habis ikhtiar saya godek-godek semua fungsi dalam laptop ni akhirnya saya tutup dan keluar bersama keluarga untuk berhari raya di rumah kawan baik saya.

Selepas perut kenyang tanpa rasa putus asa saya sekali lagi mencuba dan dapat idea untuk bertanya kepada pakcik Google. Yes memang terbaik lah...dapat juga jawapanya.

Apa yang pakcik google suruh buat ialah reset balik tarikh dan waktu laptop saya tu. Nampak tak tarikh dan jam yang kat sebelah tangan kanan bahagian bawah itu. Jika tarikh tu tak di set dengan betul, kemungkinan korang pon akan mengalami masalah yang sama dengan saya.

Senang bila ada pakcik google ni, hanya taip jer Certificate Error keluar la berderet cadangan dan jawapannya.

inilah message yang selalu keluar dan buat saya stress tersangat la sangat. Selamat mencuba ye kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment