Thursday, 1 August 2013

Berhati-hati memilih perniagaan dropship

Teks: Anisah Abd Rahman

Pagi tadi semasa jalan-jalan baca komen-komen difacebook ramai yang mengadu terdapat banyak sindiket dan penipuan di dalam perniagaan online ini. Memang tidak dinafikan, hal hal sedemikian memang banyak berlaku. Kita sebagai pembeli haruslah berhati-hati. Mungkin ramai yang terdesak untuk menjalani kehidupan seharian dengan kos hidup yang tinggi.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya memilih perniagaan yang kukuh dan stabil. Siapa yang tidak pernah dengar Amway. Perniagaan ini telah lama bertapak di Malaysia. Dan Amway merupakan syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia.

Saya percaya sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tidak mudah dan sewenang-wenangnya menipu pengdar-pengedarnya. Ini lah yang menambahkan keyakinan saya apabila menjalankan perniagaan Amway.

Kawan-kawan dan pembaca sekalian, saya lihat sebenarnya orang kita memang suka berniaga. Tetapi kesilapan orang kita adalah kurang berhati-hati. Sangat mudah memberi kepercayaan kepada orang tanpa menyelidik latar belakang sesuatu perniagaan yang kita hndak ceburi.

Seperti apa yang saya baca pagi tadi adalah masalah berkaitan peniaga Dropship. Perniagaan dropship memang mudah. Kita hanya perlu promosi dan apabila ada pembeli yang berminat mereka akan bank in wang kepada kita dan kita akan bank in wang tersebut. Ia nampak mudah tetapi ia melibatkan kepercayaan orang kepada kita. Oleh itu kawan-kawan, berhati -hati lah memilih perniagaan dropship supaya ia tidak akan mencemarkan nama baik kita.

Sekian dulu untuk hari ini, saya akan berkongsi lagi dalam penulisan saya yang seterusnya.



No comments:

Post a Comment