Tuesday, 30 July 2013

Tip Jimat Di Dapur: Pencuci Pinggan

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah,
Sudah sampai ke penghujung Julai, pelbagai aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan ada yang perlu dibuat penambahbaikan. Teruskan perjuangan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.

Antara aktiviti dirumah yang setiap hari dilakukan oleh semua orang ialah mencuci pinggan. Pelbagai jenis pencuci pinggan menjadi pilihan ramai orang. Saya yakin produk yang paling disukai ramai semestinya yang bernama matahari cerah. Saya juga satu masa dahulu memilih pencuci pinggan ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai pencuci pinggan yang lebih hebat dan bantu saya jana pendapatan. Apakah pencuci pinggan tu, sekejap lagi saya kongsikan dengan anda.

Tidak kira lah apa jenis pencuci pinggan yang anda pakai, semua nya boleh dijimatkan. Bagaimana kita hendak berjimat? ok ingat kembali bagaimana cara anda mencuci pinggan didapur. Adakah ada hanya terus membasuh apa sahaja pinggan yang terdapat didalam sinki atau anda akan mengasingkan kotoran terlebih dahulu.

Pencuci pinggan kita akan dapat dijimatkan sekiranya kita merancang kerja kita dengan baik. Lakukan seperti langkah berikut untuk jimatkan lagi pncuci pinggan anda.

1. Buang sisa-sisa makanan yang terdapat didalam pinggan
2.Bilas pinggan tersebut dengan air sebelum mnggunakan sabun
3.Susun mengikut jenis pinggan, mangkuk , cawan dan perkakas lain
4.Cuci pinggan mnggunakan sabun
5. Bilas menggunakan air yang bersih.

Dengan mencuci pinggan mengikut langkah-langkah yang diberi, kita dapat mengurangkan penggunaan pencuci pinggan dan dapat berbelanja mengikut bajet yang kita ada.

Berapa lamakah sebotol pencuci pinggan anda dapat bertahan? Pencuci pinggan saya dapat bertahan selama 6 -10 bulan. Ini kerana pencuci pinggan yang saya gunakan sangat pekat dan sungguh berkualiti. Lihatlah pnjimatan saya dalam menjadi seorang isteri yang bijak.

Ingin berjimat seperti saya? hubungi saya di 011 12391595.

No comments:

Post a Comment