Monday, 29 July 2013

Peluang Pendapatan Tambahan Tanpa Menjual Produk

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah semoga semua pembaca sihat dan gembira selalu.
Hari Isnin mesti gembira kerana Isnin adalah hari pertama  dalam minggu ini. Awal saya mula menulis hari ini kerana saya ingin berkongsi idea dan peluang kepada semua pembaca sekalian. Peluang apa dan idea apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua ye?

Peluang ini sangat hebat. Suatu masa dahulu saya juga tidak pernah tahu. Syukur, ada seorang insan yang sangat baik hati mempekenalkan kepada saya. Dia juga bukan dari kenalan saya. Orang yang selama ini tidak pernah saya kenal. Hubungan kami sangat jauh. Dia hanya pemberi service IT ditempat saya bekerja. Alhamdulillah hebat, dia dengan ikhlas hati berkongsi idea dengan saya.

Setelah mendengar penerangan yang jelas dari dia, ia membuat saya terfikir. Ini lah yang saya cari selama ini. Saya fikir dan terus berfikir ambil sedikit masa akhirnya saya telah membuat keputusan untuk sama-sama menerokai peluang ini.

Risiko? Apabila dikaji, saya tiada risiko apabila menyertai biz ini. Saya hanya perlu mendaftar sebagai Ahli RM90 dan saya layak menikmati pelbagai peluang. Salah satu peluang apabila kita menjadi ahli dimana-mana club, sudah tentunya saya boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding orang yang tidak menjadi ahli.

Apakah peluang-peluang yang saya sangat gembira ingin berkongsi dengan pembaca semua?
1. Pendapatan Tambahan.
    Saya pasti semua orang sentiasa mencari peluang untuk jana pendapatan tambahan. Disini lah peluang kepada pembaca sekalian. Sangat mudah, ia tidak memaksa anda untuk menjadi penjual yang agresif. Untuk menjual itu terpulang pada anda. Serius saya nak beritahu kepada pembaca sekalian, belum pernah saya jumpa sebelum ini, dengan hanya membeli dan guna sendiri dirumah saya mampu menjana pendapatan tambahan melebihi nilai BR1M. Seperti yang kita maklum selama ini, jika ingin jana pendapatan kita perlu ada produk atau service untuk dijual. Tetapi peluang yang ini sangat berbeza. inilah yang dipanggil Konsep Prosumer

2. Pendapatan Yang Boleh Diwarisi.
Apakah pendapatan yang boleh diwarisi? Selalu yang biasa kita dengar pendapatan yang boleh diwarisi ialah apabila ibu dan ayah kita seorang yang berharta, InshaaAllah anda lah yang akan menjadi pewarisnya. Itu jika ibu dan ayah kita mempunyai harta. Jika mereka tiada harta apakah yang boleh kita warisi. Jika kita tidak ada harta yang diwariskan oleh sesiapa. Bagaimana pula kita akan mewariskan harta kita pula kepada anak-anak jika kita tidak tahu bagaimana untuk memiliki satu pendapatan yang boleh diwariskan.

Hatta jika kita mempunyai jawatan yang besar sekali pon ditempat kita bekerja dan menerima gaji yang besar, namun syarikat itu bukan milik kita, mustahil bagi kita mewariskan jawatan dan pendapatan tersebut kepada ahli keluarga kita.

Oleh kerana yang demikian  lah, (bagi sesiapa yang mengenali saya) kini saya merasa sangat gembira walaupon saya seorang suri rumah tanpa jawatan tetapi saya mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut saya boleh wariskan kepada ahli keluarga saya, walaupon saya sudah tiada nanti. 

apa yang saya buat, saya lihat peluang ini, saya tukar tempat belanja RM100 sebulan dan saya ada pendapatan yang boleh diwariskan.

3. Kebebasan Luar Biasa
Kenapa saya katakan kebebasan luar biasa, setelah saya lakukan step-step seperti yang saya ceritakan di atas, saya berkongsi dengan orang yang mempunyai impian seperti saya dan mereka juga yakin dan paham apa yang mereka buat, akhirnya kami sama-sama mendapat pendapatan tambahan.

Setelah saya mempunyai pendapatan tambahan dan saya nampak potensi apa yang saya sedang lakukan, saya ambil keputusan untuk serahkan balik jawatan saya selama ini kepada bos untuk di isikan dengan orang lain. Saya mengucapkan terima kasih dan saya ingin bersara dari pekerjaan saya selama ini. (hanya 4 tahun sebagai akauntan)

akhirnya setiap  hari saya bebas berada disamping anak-anak dan keluarga. Saya sendiri menjadi bos kepada diri saya. saya bebas dari arahan bos dan bebas dari kesesakan lalu lintas, saya bebas dari mesin punch kad yang saya mesti jumpa setiap hari sebelum pukul lapan pagi.

4. Kesihatan.
Siapa yang tidak pernah dengar dan taktahu bahawa stress adalah punca segala penyakit?
Stress boleh buat kita jadi hampir gila.
Stress buat kita rasa sangat ingin marah
Stress buat kita tidak tentu arah.
Stress buat kita gemuk.


Alhamdulillah setakat ini dulu perkongsian saya. Jika berminat untuk melihat peluang dan jana pasif income boleh hubungi saya 011 12391595




No comments:

Post a Comment