Friday, 19 July 2013

Masih banyak perkara yang kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya kita belum tahu.

Teks: Anisah Abd Rahman

Sudah lama saya rasa hendak berkongsi cerita ini kepada semua tetapi belum berkesempatan. In Shaa Allah saya akan kongsikannya pada hari ini.

Pada 29 Jun yang lalu saya ada menyertai Program Seminar Hidup Luar Biasa yang di anjurkan oleh Mentor terkenal Dr Azizan Osman. Alhamdulillah program ini memang hebat dan membuka mata ramai orang untuk hidup luar biasa.

Program ini percuma, sudah banyak kali saya mendaftar tetapi akhirnya saya tidak hadirkan diri kerana bersilang dengan program saya yang lain. Saya selalu lihat testimoni ramai orang bertapa hebatnya program DAO ini. saya ini memang jenis yang ingin tahu dan tidak akan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Akhirnyarezeki saya 29 Jun yang lalu saya berjaya juga menghadirkan diri. Tahniah buat DAO kerana program hebat ini dan perkongsian yang diberikan.

Selepas tamat program bersama DAO, ada satu sesi bonus iaitu Perkongsian Perlaburan Saham di Bursa Malaysia. Perkongsian ini daripada seorang kontraktor dan remiser hebat Tuan Hj Asri. Tuan Hj Asri ini mempunyai pengalaman dalam perlaburan saham selama 15 tahun.

Semasa perkongsian, memang hamper keseluruhan tidak pernah dengar pasal perlaburan saham dan apatah lagi terlibat dalam perlaburan saham ini. Semua orang teruja dan berebut-rebut ingin tahu lebih mendalam berkenaan perlaburan saham ini. Yuran nya saja agak mahal (kos diadakan di hotel) tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan yuran dari agensi yang lain.

Saya juga turut menghadirkan diri dalam program yang dianjurkan ini, tak dinafikan yuran memang agak mahal bagi saya tetapi perkongsian yang diberikan memang berbaloi-baloi. Saya memang pernah mempunyai impian satu hari nanti untuk terlibat dalam dunia ini, Saya tidak pasti sama ada ingin menjadi seorang investor or trader. Dalam entry akan dating saya akan berkongsi kenapa saya bersetuju perlaburan saham juga berbaloi untuk wang kita.

Apa yang lebih penting saya nak ceritakan disini, sebenarnya orang kita ada duit dan ada keinginan. Tetapi masih ramai yang belum cukup ilmu dan sangat dahagakan ilmu. Cuma satu yang saya rasa sedikit kekurangan dalam diri kita, kita selalu menolak peluang sebelum mencuba. apabila kita ingin berkongsi dengan mereka, mereka akan tolak secepat mungkin. Mereka rasa apa yang mereka tahu lebih hebat dari apa yang ingin kita kongsikan kepada  mereka.

Saya berharap saya boleh jadi seperti mentor hebat yang pernah saya jumpa sehingga hari ini, berkongsi ilmu yang saya ada supaya semua orang mampu mengubah hidup rakan-rakan semua. Hari ini disebabkan kan saya baru bermula, kebanyakkan idea saya memang mudah ditolak. Teruskan tabahkan hati dan berkongsi dengan semua orang sehingga impian saya tercapai.

Memang tak dinafikan untuk permulaan berkongsi idea baru memang sukar, lihat saja contoh Ray Crock pada mula dia memberi idea tentang marketing plan McD, tetapi akhirnya hidup nya hingga kini sangat selesa. Dia ada segalanya duit, masa dan security.

Itu la yang kita semua cari kan. Like or komen jika anda bersetuju. supaya saya boleh tahu siapakah yang sentiasa mencari peluang seperti saya.

gambar dibawah ini hanya contoh semata, saya tak kata plan perniagaan McD itu terbaik untuk kita jadikan perniagaan, ini kerana saya ada pendapat tersendiri.



No comments:

Post a Comment