Thursday, 18 July 2013

Dengan menbaca meningkatkan keyakinan diri kita

Teks: Anisah Abd Rahman

Saya pencinta buku, semua jenis buku saya akan baca janji ia akan memberi faedah kepada saya dan semua. Apabila saya baca sesuatu dan ia menarik saya kan kongsikan kepada semua.

Buku pertama saya pegang selepas bangun tido ialah Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf, Banya sebab kenapa saya sangat suka buku ini.
1. Saya bercita-cita untuk menjadi jutawan
2.Saya ingin menjadi jutawan mengikut cara islam
3.Abdul Rahman adalah nama ayah saya.

Nabi Muhammad mengatakan,

Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta bagi menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.
( Hadis direkodkan oleh at- Tabrani)

Dalam kehidupan ini terlalu ramai manusia yang hipokrit, saling dengki mendengki dan suka memperkecilkan impian orang lain. Semua itu adalah cabaran untuk kita Berjaya. Jangan pernah rasa putus asa kerana hanya kita yang tahu apa impian kita.

Tingkatkan ilmu kita dengan rajin membaca ini akan menguatkan lagi semangat kita. Biarlah apa sahaja orang kata tantang kita atau bisnes kita, tak mengapa. Mereka tidak mmembayar bil kita, klu kita susuah belum tentu mereka akan tolong kita. Maka kita harus terus berusaha sehingga Berjaya.

No comments:

Post a Comment