Wednesday, 19 June 2013

Suri Rumah Manfaatkan Kemudahan Internet Yang Ada

Teks: Anisah Abd Rahman



Teringat kata-kata suami beberapa hari yang lepas, dia rasa sangat bertuah sebabnya isterinya seorang yang berani dan berdikari. Kata suami, kebanyakkan isteri kawan-kawannya tidak boleh bawa kereta dan banyak perkara bergantung kepada suami.

Saya percaya untuk hidup kita mesti sentiasa berani tetapi jangan sampai terlebih berani. Jika kita buat sesuatu pekara dan sayik bergantung dengan orang lain, impian kita agak sukar untuk di capai. Saya tak kisah pergi ke suatu tempat seorang diri. Saya tidak mahu di anggap pentingkan diri. Barangkali kawan kita tak suka tempat yang kita  nak pergi tu.

Sebagai seorang suri rumah, nasihat saya jangan takut untuk mencuba, jika kita tidak mencuba, kita tkkan tahu hasilnya. biar kita mencuba dari sekarang di saat kita selesa dengan kehidupan kita. Jangan tunggu waktu yang mendesak kita.

Sebagai seorang muslimat yang percaya dengan Kekuasaan Allah, kita kena sentiasa beringat suami kita adalah pinjaman dari Allah. Jika kita tidak berusaha dari sekarang, andainya suami kita pergi dahulu, bagaimana dengan keadaan kita selepas ketiadaan mereka nanti?

Jangan kita hanya berserah tanpa usaha, sayangi suami kita dengan membantu ringankan beban mereka, kita manfaatkan kemudahan internet yang mereka bagi kepada kita, Alangkah gembira suami kita apabila kemudahan yang diberikan kepada kita kita manfaatkan sepenuhnya.

Pelbagai peluang perniagaan kita boleh ceburi walau hanya tinggal dirumah sahaja. sebagai contoh, dropship atau memasarkan hasil kerja kita melalui online.

Kumpulan saya juga ada membantu suri rumah membina blog, fanpages dan tunjuk ajar bagaimana memulakan biz intenet.
https://www.facebook.com/WahmSahmSoho


Saya sendiri, banyak membantu rakan-rakan menjana pendapatan tambahan dengan berbelanja secara bijak (Prosumer Power).
Jana Pendapatan Degan Berbelanja Secara Bijak



Sekian dahulu, saya doakan semua kita sentiasa berani mencuba.

1 comment:

  1. My Precious Little Lady Bug has left a new comment on the post "Saya nak isteri saya jadi suri rumah je, tapiii......":

    Salam blogger semua,

    Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru bali. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu...tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dari rumah jer. Work at home mother (WAHM).

    Nanti kalau free2 jomla layari blog saya... Banyak info yang boleh dikongsi di situ. Jom klik

    http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

    ReplyDelete