Thursday, 13 June 2013

Cita-cita saya ialah menjadi seorang Jutawan Muslimah.

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum...

Hari ini dan hari -hari yang akan datang saya berdoa agar saya mampu mengatasi sikap negative saya. Saya iniginkan satu kehidupan yang sentiasa positive dan mengikut seperti apa yang dirancangkan.
Semoga saya dapat merealisasikan impian saya sebagai Supermom and Superwahm.

Berazam untuk sentiasa focus.
Check list yang saya perlu buat selepas ini mesti berdisplin mengikut apa yang dirancangkan.
saya akan gunakan semua kemudahan yang ada untuk bantu memudahkan kerja saya.

Sentiasa merekod segala idea yang datang secara tiba-tiba dengan pantas.
Terlalu banyak idea yang keluar dari kepala saya kadang -kadang membuatkan saya hilang focus dan kerja saya banyak tergendala.

Masalah saya seperti orang lain, selalu terkeliru dengan segala peluang baik yang datang secara tiba-tiba.

Banyak sungguh minat saya....mungkin kalau saya senaraikan disini, ada sesiapa yang boleh beri idea dan cadangan kepada saya
  1. Mengemas dan melengkapkan soho saya
  2. Mempunyai homeschool kepada anak-anak saya
  3. Ingin berjinak-jinak dengan simpanan emas
  4. Terlalu suka dengan baju kanak-kanak yang comel dan ada peluang untuk jadi dropshiper
  5. Ingin berkongsi idea prosumer dengan ramai orang supaya kita semua ada extra income.
  6. Belajar memasak supaya dapat sediakan hidangan istimewa untuk keluarga
  7. Belajar jadi isteri yang sempurna
  8. dll
Selain daripada kekeliruan yang banyak dalam diri saya ini. Saya tetap merasa sangat gembira kerana saya hari ini membeli sebuah buku yang dapat tenangkan jiwa.

semoga satu hari nanti saya menjadi Jutawan Muslimah.

 
 
Bestkan kalau dapat baca buku kegemaran kita dalam bilik yang suasananya sangat tenang dan mendamaikan macam ni.....
 



1 comment:

  1. Salam. Menarik tajuk ni. Jutawan Muslimah impian kita. Insyaallah sama-sama berdoa kearahnya. Amin.

    ReplyDelete