Saturday, 22 June 2013

Artistry Intensive Skincare Renewing Peel

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat yang penuh barakah....Apa aktiviti suri rumah dirumah petang-petang jumaat ni?

Arini Genap umur saya 30 tahun, sekejap sungguh masa berlalu, Dah 30 ni orang cakap dah cukup matang untuk buat keputusan yang betul. Ya, saya memang yakin saya membuat keputusan yang betul memilih kerja sendiri dari rumah, lebih selesa dan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Bila dah masuk umur 30 ni kita rasa diri ni dah tua, dan semua orang takut muka kelihatan tua. Kalau boleh biar la muda selalu kan. Jadi macam-macam la produk anti penuaan yang kita ambil. Sebelum mencuba apa-apa prouk anti penuaan pastikan ia selamat dan halal yer kawan-kawan. Jangan pakai sebarang produk yang mungkin menjejaskan kesihatan di masa akan dating.

Saya nak berkongsi produk kegemaran saya untuk kelihatan muda di mata suami. Salah satu cara untuk muda selalu ialah melakukan pengelupasan.

Mengapakah Pengelupasan Penting?

Pengelupasan kulit menjadi penting apabila kita semakin menua. Sel-sel kulit mati boleh menimbun di atas permukaan kulit, menjadikannya kelihatanlegap dan kusam. Pengelupasan yang kerap akan menanggalkan sel-sel matiuntuk menyerlahkan kulit yang lebih muda.

Enzim yang wujud secara semula jadi dalam kulit bertindak untuk memudahkan proses pengelupasan yang berterusan di tubuh anda, tetapi apabila kita menua enzim tersebut semakin kurang dihasilkan.

Proses pembentukan, kematian dan penanggalan sel mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk kulit yang muda dan sihat dan lebih 4 minggu untuk kulit yang matang.Namun begitu, apabila kita menua tidak semua sel tersebut tanggal dengan cepat. Kesannya kulit kelihatan kering dan kasar dan garis garis halus kelihatan lebih ketara di permukaan kulit.

Itulah sebabnya penglupasan sangat penting untuk kita.

Bagaimana hendak lakukan penglupasan?

saya memilih untuk melakukan pengelupasan sendiri dirumah, sangat mudah, dan menjimatkan. hanya 6 langkah diperlukan
1.8 pam
2.8 minit
3. 2 kali seminggu
4. Selama 6 minggu
5.rehat 6 minggu
6.Ulangi semula langkah diatas

ni la produknya

No comments:

Post a Comment