Saturday, 22 June 2013

Apakah perancangan masa hadapan untuk anak-anak kita?

Teks: Anisah Abd Rahman

Perkongsian mudah untuk renungan bersama, fikirkan sejenak yang mana lebih beruntung. Menjadi anak kepada seorang akauntan atau anak kepada pemilik kedai runcit.

Sekiranya kita anak seorang akauntan, semua orang akan nampak bertapa hebatnya family kita jikalau hendak dibandingkan dengan anak pemilik kedai runcit.
 
atau
 

Gaya hidup anak seorang akauntan jauh lebih mewah dan hidup senang lenang goyang kaki dirumah. segala kerja dilakukan oleh pembantu rumah, sebut sahaja apa yang dikehendaki pasti ditunaikan. Berbeza dengan anak pemilik kedai runcit, dia akan bersusah payah membantu keluarganya di kedai. Semua benda akan dilakukan sendiri, dialah pekerja dan dia lah bos.

Anak seorang akauntan mempunyai cita-cita seperti ayahnya juga, Belajar pandai pandai dan akan bekerja di sebuah organisasi terkenal sebagai akauntan yang hebat. Masa seorang akauntan banyak dihabiskan di pejabat menyiapkan akaun sehingga balance.  Alhamdulillah, anak pemilik kedai runcit sentiasa mempunyai banyak masa bersama ahli keluarga sambil menimba ilmu perniagaan.

Apabila masa berlalu, seorang akauntan akan bersara, anaknya sudah tamat pengajian di university Antarabangsa dan mula mencari pekerjaan yang layak dengan ijazahnya. Kenapakah si anak akauntan ini tidak boleh mengantikan kedudukan ayahnya yang selama ini sangat hebat dan disanjung ramai. Anak nya juga pasti hebat kerana ayahnya sangat hebat, ayahnya sangat setia bekerja melebihi 30 tahun di Organisasi hebat itu...Si ayah tidak boleh berbuat apa-apa walaupon si ayah sangat berjasa di situ. Selama ini si ayah hanya bekerja membina impian orang lain dan bukan impian si ayah yang boleh diwariskan kepada anaknya.

Bagi anak pemilik kedai runcit, dari kecil cita-citanya, suatu hari nanti akan mengembangkan kedai runcit ayah nya lebih hebat dari pasaraya besar yang sedia ada. Maka, selepas si anak menamatkan pelajarannya, si ayah membuat keputusan untuk bersara dan berehat di rumah sahaja. Si ayah mewariskan kedai runcit kepunyaannya kepada si anak untuk diteruskan. Si anak tidak pernah menghadapi masalah pengangguran kerana ayahnya selama ini bertahun-tahun telah menyediakan peluang pekerjaan untuknya. Tidak perlu lah si anak merangkak semula dari bawah untuk memulakan hidupnya.

Apakah beza kedua-dua anak ini? hidup siapakah yang lebih terjamin dan lebih beruntung? Bagaimanakah kita merancang hidup anak-anak kita di kemudian hari nanti? Adakah anda ingin mereka merangkak semula atau terus berlari menyambung impian yang kita bina selama ini. Semuanya bergantung kepada keputusan dan pilihan yang kita buat hari ini....

Jangan berlengah dan menyesal dengan keputusan yang kita pernah buat sehingga hari ini. Saya di sini sedia menbantu anda untuk menunjuk peluang yang sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment