Thursday, 30 May 2013

Tips Jimat Belanja Dapur

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebagai seorang suri rumah peranannya lebih besar dari seorang pekerja.

Suri rumah bertanggungjawab dalam semua bidang di dalam sebuah keluarga. Dia la pekerja dan dia juga majikan. Suri rumah juga seorang jurulatih dan pendidik. Di sebabkan dialah satu-satunya isteri dan dia la segalanya.

Setiap kali kita berbelanja untuk menyediakan hidangan keluarga, antara keperluan asas yang kita selalu belanjakan ialah barang barang kecil seperti serai, cili padi, cili merah, daun kunyit, daun kari, halia, daun limau purut dll.

Sayur-sayuran ini jika kita ambil inisiatif dan tanam sendiri dirumah ia akan memberi penjimatan dalam wang belanja dapur kita seharian.


Kita jadikan tanaman sayur-sayuran ini seperti taman. Atau kita boleh jadikan ia sebagai edible garden. Jika rumah kita tiada tanah, kita boleh tanam sayuran ini di dalam pasu atau jadikan sebagai hidroponik. Menarikkan?

Apakata kita masukkan dalam jadual rutin harian kita satu hari antara 30-40min untuk berkebun. Jadikan sebagai hobi yang memberi manfaat untuk menjimatkan belanja dapur.

No comments:

Post a Comment