Saturday, 18 May 2013

Suri Rumah Di Kampung Dan Bandar.

Teks: Anisah Abd Rahman

Menu ringkas tengahari tadi mengingatkan saya suasana di kampung. Arini menu sayur pilihan saya ialah masak lemak jantung pisang. Wah tinggal di tengah pusat bandar pon ada jantung pisang yer. Kalau nak di ikutkan semua benda ada, cuma yang membezakan di kampung dan bandar adalah harganya.

Dikampung jantung pisang memang mudah nak dapat hanya di belakang rumah. tetapi klu di bandar ini, apa yang penting mesti kena ada duit. Duit keluar mengalir laju bagaikan air. Memang berbeza bila tinggal dikampung.

Jika nak dibandingkan suri rumah di kampung dan di bandar. Suri rumah di bandar mungkin lebih menghadapi tekanan. Ini hanya pandangan saya, tak semestinya semua orang bersetuju. Ini saya bandingkan sendiri dengan isteri adik saya yang tinggal di kampung. Dan apa yang bagusnya isteri adik saya tetap mahu menjalan kan perniagaan sebagai pendapatan tambahan. Ini kerana apabila kita berniaga kita akan merasa gembira. Cuba lah kalau masih tidak percaya. memang pada mulanya ada perasaan malu. Tetapi apabila perniagaan telah menunjukkan peningkatan, pasti kita tersangat gembira.

Seminggu saya pulang ke kampung sebelum ini, hati sangat gembira, saya bebas bergerak kemana destinasi yang saya suka tanpa perlu membayar tol. Sebaliknya sebagai suri rumah dipusat bandar ini kemana sahaja saya bergerak keluar daripada kawasan perumahan saya ini, sudah pasti perlu membayar tol. Haissh....bila la tol ni nak dihapuskan atau dikurangkan bayarannya.

Apa yang penting saya nak kongsikan dengan rakan pembaca disini ialah kita cuba ubah bahawa setiap suri rumah tidak kira di bandar atau kampung kita mampu menjana pendapatan tambahan.
Kita ubah pandangan masyarakat yang berfikir bahawa suri rumah tidak mampu jana pendapatan.

Dengan kecanggihan IT pada hari ini, saya merasa seronok menjadi suri rumah. Saya mempunyai masa untuk explore teknologi yang ada. Saya dan rakan-rakan menjalankan perniagaan secara online. saya juga membeli barang keperluan rumah secara online.

Kecanggihan teknologi juga bantu saya jana pendapatan bukan sahaja melalui jualan online. Saya mampu jana pendapatan melalui belian online. Saya menerima pulangan tunai dan komisen apabila membeli secara online. Saya dan jaringan kumpulan saya bekerja keras untuk membantu semua rakan tidak kira suri rumah atau wanita bekerjaya untuk tambah pendapatan.

Impian saya satu hari nanti, semua ibu hanya tinggal dirumah menjaga anak-anak sendiri tetapi masih boleh mempunyai pendapatan yang lumayan. Kita belai anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dengan didikan kita sendiri di rumah. Seronok kan.????

Jom sertai kumpulan saya untuk belajar menjana pendapatan tambahan dengan mudah.
http://anisah-abd-rahman.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment