Wednesday, 1 May 2013

Sudahkan kawan2 menghantar Borang BE bagi cukai taksiran 2012??

Teks: Anisah Abd Rahman 30 April 2013

Assalaamualaikum.

Arini dan semalam saya di Lembaga Hasil menguruskan hal cukai saya, suami, kakak dan kakak ipar saya. Saya memang minat dalam urusan mengira cukai ini, pernah satu ketika saya bercita2 untuk menjadi penasihat cukai untuk bagi kawan2 yg tidak tahu tkpon tidak ada masa menghantar borang cukai mereka.

Menghantar cukai taksiran individu adalah tanggunjawab semua orang.apabila gaji kita telah mencapai satu tahap tertentu, syarikat tempat kita berkerja akan menghantar nama kita kepada LHDN untuk potongan PCB.

Ramai yang tidak ambil kisah tentang tanggungjawab menghantar borang cukai ini. Bagi mereka, LHDN tidak tahu berapa gaji mereka. Harap maaf ya kawan2. Mungkin anda tktahu bahawa syarikat tempat kita berkerja bertanggungjawab mendeclare gaji kita atau bonus kita apabila gaji kita layak dikenakan cukai. Daripada situlah, LHDN boleh tahu siapa yg tidak menghantar borang cukai.
Nasihat saya, jika majikan kita pernah membuat potongan PCB dari gaji kita eloklah kita menhantarnya.Sangat mudah kerana kita boleh guna e-filling sahaja.
Ini juga salah satu tips berjimat dan elak dari membayar denda.

No comments:

Post a Comment