Friday, 17 May 2013

Siapa Menteri Kewangan Keluarga?

Teks: Anisah Abd Rahman

Siapa setuju jika saya katakan bahawa isteri adalah Menteri Kewangan Keluarga?

Bagi saya, sangat bersetuju. cuba kita fikir sejenak, keluarga adalah ibarat sebuah negara. Suami sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dibantu oleh Menteri Kewangan kedua iaitu isteri. Isteri yang bijak mampu menjamin keharmonian keluarga.

Selain daripada suami yang memainkan peranan utama untuk aktiviti  perbelanjaan keluarga, isteri juga terlibat dalam aktiviti ini. Peranan isteri sebagai Menteri Kewangan memang tidak dapat dinafikan. Hari ini kita dapat melihat seorang isteri juga sanggup untuk keluar bekerja demi menambah pendapatan keluarga.

Selain membantu mencari pendapatan tambahan untuk perbelanjaan keluarga, istri juga membantu suami merancang kewangan keluarga. Isteri akan sentiasa menasihat suami membuat pelaburan yang baik untuk meningkatkan atau melipat kaligandakan pendapatan keluarga.

Sebagai Menteri Kewangan Keluarga, isteri perlu menyediakan belanjawan keluarga dan mengendalikan peruntukan yang telah disediakan. Terutamanya jika isteri tidak bekerja dan mendapat sumber kewangan yang diperuntukan oleh suami setiap bulan.

Apabila isteri sebagai Menteri Kewangan gagal mengendalikan wang yang diperuntukan untuk sebulan bagi perbelanjaan keluarga.Maka akan berlaku lah kekurangan sumber kewangan dalam bulan tersebut. Kegagalan ini kan membawa pelbagai kesan negatif dalam keharmonian rumah tangga.

Selain daripada mengurus perbelanjaan keluarga, isteri sebagai Menteri Kewangan membantu suami dalam membuat pelaburan. Apa yang dimaksudkan dengan pelaburan?

No comments:

Post a Comment