Wednesday, 29 May 2013

Setiap Hari Macam Cuti, Tapi fikiran tentang Bisnes Tak Pernah Cuti

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini terasa bagaikan hari Ahad jer. Bangun pagi ahli keluargaa lengkap. En suami ambik cuti untuk  rehatkan diri bersama keluarga.

Plan kami hari ini sangat banyak. selepas makan tengah hari kami berkunjung ke hous of lighting yang terletak di puchong. banyak kelengkapan rumah yang telah rosak dan mimta untuk diganti. macam macam kami beli dan ada yang terkeluar dari senarai list yang dirancang. Alhamdulillah kami masih mempunyai peruntukkan dan tidak melebihi anggaran yang dirancang.

selepas ibu dan ayah bershopping anak-anak minta untuk main di taman permainan. cuaca yang panas sangat tidak selesa dan kami buat keputusan untuk main di taman permainan di dalam giant sahaja. Puas anak-anak main tidak berebut dengan ramai orang. ini la untung nya klu pergi taman permainan masa hari weekday.

Selesai semua plan kami pulang kerumah dan tidak singgah kemana-mana lagi. Alhamdulillah perjalanan kami hari ini lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas .

No comments:

Post a Comment