Friday, 31 May 2013

Rumah. Sewa atau Beli mana lebih Baik

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini bila di tanya harga rumah memang amat menakutkan. Harga nya tersangatlah tinggi sehingga tidak masuk akal.

Oleh yang demikian ramailah antara kita yang sehingga kini masih belum memiliki rumah. Alasannya kerana masih belum jumpa yang sesuai dan harga yang berpatutan.

Hakikatnya setiap bulan kita tetap mengeluarkan wang yang hampir sama nilainya samaada kita menyewa atau membeli rumah.

Untuk membeli rumah tidak perlu menunggu lama untuk kumpul duit dan terus membeli rumah idaman kita. Mulakan membeli rumah ikut apa yang kita mampu.jangan risau kerana harga rumah tak pernah atau jarang sekali jatuh harga.

Pada satu ketika saya pernah terpikir apa akan jadi terutamanya seorang suri rumah sekiranya si suami masih belum membeli rumah tetapi telah pergi dulu menyambut seruan ilahi. Kita semua tahu bahawa kematian itu memang pasti.

Masih ingatkah tentang perkongsian saya mengenai MRTA atas nama suami? Di situ saya ada kongsikan bahawa MRTa bagus atas nama suami jika isteri seorang suri rumah. Sekira apa-apa terjadi kepada suami, pinjaman rumah boleh diselesaikan. Hal ini dapat mengurangkan beban seorang suri rumah dan anak-anaknya nanti.

Jika suri rumah sudah ada tempat tinggal yang selamat maka mudahla si isteri meneruskan kehidupannya.

Sebagai suri rumah moden hari ini, kita perlu bijak merancang masa hadapan untuk hidup yang lebih membahagiakan.

No comments:

Post a Comment