Thursday, 30 May 2013

Puas hati bila tengok lantai bersih dan bersinar.

Teks: Anisah Abd Rahman

Lama dah tak update blog...tgk semua orang dah jauh ke depan tetapi saya masih di belakang. Apa nak jadi ni Anisah Abd Rahman.

Alhamdulillah lega sesangat akhirnya dah selesai mengemop lantai satu rumah. Dari sehari ke sehari asyik bertangguh untuk mengemop lantai. Bukan senang nk mop lantai ni, nak kena tunggu 2 assistant ibu ni tido dulu baru la boleh mop lantai.

Di sebabkan nak ajar anak berdikari, si adik pon sibuk nk suap sendiri bile lihat kakak suap nasi sendiri. akhirnya habis la tumpah makanan sana sini. maka tugas ibu mengemop lantai dah jadi 3 kali seminggu.

Paling best saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua saya mop lantai menggunakan pencuci lantai keluaran dari Amway. Sangat membantu saya kerana hanya mop sekali sahaja dah mampu menanggalkan kotoran dan buat lantai kita Nampak bersih berseri.

Hanya satu penutup kecil dah cukup untuk mop lantai sekeliling rumah. Ia tidak merbahaya dan sangat green. Selamat untuk kanak-kanak bermain di atas lantai selepas dicuci.


 

No comments:

Post a Comment