Monday, 20 May 2013

MRTA atas nama suami

Teks: Anisah Abd Rahman

Tips kali ni saya nak berkongsi tentang cara membeli rumah bagi keluarga yang hanya suami bekerja. Saya terjumpa tips ni hasil pembacaan saya dari buku Rancang Hidup Rancang Wang.

Ya sebagai isteri kita perlu banyak kan pembacaan kerana kita la penasihat terbaik kepada suami dalam membentuk keluarga bahagia.

Tips ni sangat berguna kepada suri rumah yang belum membeli rumah. Penulis buku tersebut menasihatkan apabila kita membeli rumah lebih baik letakkan nama suami isteri. Pinjaman rumah kita letak kan kedua2 nama kita dan suami.

Dan seperti semua sedia maklum, apabila kita membeli rumah bank akan memastikan kita untuk membeli insurance atau takaful MRTA. Ini untuk memastikan pinjaman perumahan kita diberi perlindungan. Jika terjadi kematian, Perlindungan MRTA akan secara automatik terbayar sepenuhnya.

Apabila pembelian rumah menggunakan dua nama, Perlindungan MRTA diberikan secara 50:50 untuk nama kita dan suami. Disebabkan kebanyakkan suri rumah tidak berkerja atau mempunyai pendapatan yang tidak tetap eloklah MRTA tersebut diberikan sepenuhnya kepada suami.

Kenapa saya nasihatkan MRTA itu sepenuhnya kepada suami. Kita semua sedia maklum, walau macammana sayang kita kepada suami. Suami bukanlah milik kita yang kekal. Suami hanya pinjaman Allah kepada kita. Kita kena sentiasa bersedia. Jika berlaku kematian suami, pinjaman rumah kita akan itanggung secara keseluruhannya oleh MRTA suami.

Apa jadi sekiranya MRTA itu 50:50? jika berlaku kematian suami,MRTA suami hanya 50% maka hutang pinjaman rumah hanya dapat diselesaikan separuh sahaja. Maka kita sebagai isteri akan meneruskan bayaran lagi sebahagian pinjaman perumahan kepada bank.

No comments:

Post a Comment