Sunday, 12 May 2013

Melakukan Pekara Biasa, Mengharapkan Perkara Luar Biasa

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan kerana saya tulis blog ni di kala awal pagi pada jam 2:27am. Ha jgn terkejut yer, di saat orang lain diulit mimpi saya bangun untuk tulis blog ini berkongsi dengan anda pasal kehidupan saya yang sangat indah ini. Saya berharap anda juga merasa sangat bahagia seperti perasaan saya yang sangat bahagia ini. Jika disaat ini  anda merasa tidak bahagia dan memerlukan seorang teman untuk berbicara dan meluahkan perasaan yang sangat terbuku dan mehimpit jiwa, siapa tahu saya boleh membantu anda. (chewahh macam la saya ni pro sangat kan??? tp mungkin anda boleh merasa lega selepas berkongsi cerita dengan saya.)

Saya telah menemui permulaan yang sempurna. Hidup terasa sangat indah. Kita memang seronok apabila melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan. Orang lain mungkin rasa was2 dengan tindakan kita. Tetapi apabila kita muhasabah dan kenalpasti apakah sebenarnya tujuan hidup kita, kita pasti menemui ketenangan yang kita cari. Memang agak membosankan apabila kita melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang luar biasa. Lakukanlah perkara yang luar biasa pasti keputusan atau outcome nya juga akan luar biasa.

Apakah tindakan luar biasa yang saya buat sehingga saat ini?? nak tahu tak?

Klu nak.....

Teruskan membaca...

heheeheheheheh

Scrollll down lagi

sampai jumpa perkara yang dicari.....

Sumber gambar: google


di sini saya ingin berkongsi perkara luar biasa yang saya buat dan kemungkinan anda akan pikir yang saya ni gila.....

no..no...no...

saya tak gila ok, ini la impian saya selama ini..saya selalu berangan untuk mempunyai satu pekerjaan yang SEGALANYA MENGIKUT MASA SAYA SENDIRI.

Walaupon pekerjaan ini mengikut masa saya sendiri tetapi saya masih mempunyai disiplin tersendiri. Saya tahu apa yang saya nak capai dalam hidup saya ini dan perkara yang saya buat itu mesti mengembirakan saya dan orang-orang disekeliling saya.

Bagi saya:

1.Untuk berjaya tak semestinya kita perlu memegang jawatan yang tinggi.
Ini pandangan saya dan apa yang saya rasa sebelum ini. Jawatan saya sebelum ini kalau orang dengar mungkin hebat. sebab?? wah AKAUNTAN di organisasi gagah berani. tetapi dalam diri saya selalu rasa rendah diri. orang nampak hebat tetapi dalam diri saya masih banyak lagi yang dicari. Kita kena pandai seimbangkan masa yang Allah beri. Seimbangkan antara kerja, family dan saham untuk akhirat nt.

2.Pekerjaan yang hebat tak semestinya hanya dengan makan gaji.
Kebanyakan orang memang suka makan gaji. Alasannya lebih terjamin.
wah memang terjamin selagi kita pandai bawa diri dan mengikut arahan yang diberi. Tetapi jika pandangan yang kita beri asyik ditolak tepi lama-lama memang akan jadi sepi. Saya pernah jumpa satu teman yang bagi tahu saya, if u love your job, kita perlu selalu dengar cakap bos. Just Obey Boss (JOB)

3. Jangan rendahkan orang yang makan gaji dan orang yang kerja sendiri. Apa pn pilihan hati seseorang itu, pasti ia mempunyai alasan yang tersendiri. Kita kena sentiasa beri semangat antara satu dengan yang lain.
Ini la kekadang perkara yang saya sendiri selalu terlepas pandang. disebabkan ghairah dengan impian kita,tanpa kita sedari kita telah melukanlan hati seseorang. Kita sentiasa merasa keputusan yang kita buat sahaja yang betul dan orang lain salah. Kita perlu sentiasa hormat menghormati.

4. Banyak lagi yang saya nk cerita tetapi In Shaa Allah sambung dalam entry yang akan datang lagi

No comments:

Post a Comment