Tuesday, 14 May 2013

Buat Roti Sendiri Lebih Menjimatkan

Buat roti sendiri di rumah antara aktiviti yang menyeronokkan. Buat roti sendiri tidak lah susah sebenarnya jika kita mempunyai peralatan yang lengkap.
https://www.facebook.com/pages/My-Noxxa-Pilihan-Ku/387190311348121?ref=hl
Peralatan yang lengkap tidak semestinya mahal. Kita ada pelbagai cara sekirannya kita rajin dan ada keinginan yang tinggi untuk membuat sesuatu itu. Sebagai contoh ramai yang cakap "awatla yang susah-susah nak meroti bagai...beli jer kt kedai tu, macam-macam pilihan ada".

Semua alasan di atas adalah betul tetapi kegembiraan tatkala memakan roti yang panas keluar dari oven adalah satu perasaan yang berbeza. Anak-anak akan menjerit keriangan tatkala si ibu mula memegang pengadun untuk memasukkan bahan-bahan membuat roti.

Anak sulung saya Sofea (2 tahun 9 bulan) akan menjerit "yeah ibu buat roti". Dia lah yang paling sibuk membantu kita di dapur. " ibu, nak tengok! nak tengok!". Begini la kami menghabiskan masa bersama di rumah.

Apabila kita bergelar suri rumah, kita boleh menyediakan makanan sendiri yang lebih berkualiti dan menjimatkan. Kita akan lebih jimat dan dapat pelbagai jenis roti yang berbeza. Apabila kita pandai membuat asas roti, secara tidak lansung kita akan pandai buat pizza.

Pizza adalah makanan segera yang diminati ramai. Okay, sekarang cuba ingat semula berapa kos setiap kali kita habiskan untuk harga Pizza yang tidak seberapa itu. Saya dapat bayangkan pizza yang kita buat sendiri adalah lebih sedap dari yang dijual.

Kita bukan kedekut tetapi kita berjimat cermat. Sekali sekala tidak apa, akan tetapi sekirannya kita kurang bajet, maka kasihan la kepada anak-anak kita. Setiap ibu bapa akan gembira apabila dapat tunaikan permintaan anak-anak kita.

Ini la perkongsian saya hari ini supaya impian kita untuk menjadi suri rumah yang tenang dan membahagiakan tercapai.

Jom dapatkan ebook hebat ini

Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika
membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang.
Ubah dan pilih cara ini.
Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.
 

No comments:

Post a Comment