Friday, 26 April 2013

Daftar Dan Mula Kumpul Mata Ganjaran

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum pembaca yg disayangi.

Rasanya semua orang pernah lihat kad-kad dibawah ni kan.
1.Jusco Kad
2.Sogo Kad
3.Mesra Kad
4.Bonuslink Kad
5.Plusmile Kad
6.Ariani Kad
7.Credit Kad

Kenapa kita semua suka jadi pemegang kad-kad ni?
Saya suka sebab kita berpeluang untuk kumpul mata atau point contohnya mesra kad dan bonus link.

Mata-mata yang dikumpulkan dapat ditukarkan dengan barang yang pelbagai pilihan.
Selain daripada mata dikumpul untuk ditukar dengan barangan, ada juga kad yg digunakan untuk mendapat diskaun atau pengurangan harga dari 5%-25% seperti kad jusco dan sogo.

Sebagai pemegang kad pelbagai keistimewaan boleh diperolehi. Antaranya kemudahan letak kereta percuma, keistimewaan membeli belah pada hari yang telah dikhaskan kepada pemegang kad dan pelbagai lagi yang tidak mampu saya senaraikan disini.

Apapun alasan nya, saya percaya kita pun sudah sedia maklum kenapa kita suka mendaftar sebagai ahli.

Banyak kebaikan apabila kita menjadi ahli (membership)sesuatu perniagaan itu. Ia akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.Bagi pengeluar ini adalah strategi pemasaran, manakala bagi pengguna ia adalah satu faedah yang boleh dijadikan pendapatan tambahan.

Jom kita semua mula menjadi ahli untuk dapatkan keistimewaan yang diberikan dan jana pendapatan tambahan.

2 comments:

  1. Ye betul..dari kita membyar sahaja, xrugi kalau kumpul mata sbb boleh redeem barang2...

    ReplyDelete