Friday, 26 April 2013

03: Jumaat Hari Bahagia

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualikum sahabat penulis sekalian,
Alhamdulillah hari ini dah jumaat, teringat saya masa kerja di tempat lama, hari jumaat adalah hari yang sangat dinantikan. Semua orang gembira kerana esok adalah hari bercuti. Tetapi disebabkan demam pilihan raya ramai yang saya tengok di FB stress kerana terpaksa kerja. Syukur saya kerana tidak perlu melalui zaman itu lagi.


KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya." sumber http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4662-hari-jumaat-hari-istimewa.html

Hari ini saya nak ceritakan cabaran baru saya sebagai WAHM. Setiap hari rutin baru saya adalah menghantar suami di muka pintu dan salam sebelum suami pergi bekerja. Kemudian saya juga akan menyiapkan diri untuk mengharungi hari saya yang mencabar ini. Rutin saya sekarang sangat berbeza dengan sebelum ini, kalau dulu bile hari cuti sahaja,selepas salam suami pergi bekerja saya akan sambung balik tidur....oooh sungguh tak elokkan tabiat saya sebelum ini, saya dan anak-anak akan sambung tido sampai hampir tenghari.

Selesai mengurus diri sendiri saya akan menunggu anak-anak bangun dari tidur, saya dan jadualkan anak-anak untuk bangun tidur dan terus mandi. Sesuatu itu jika hendak dijadikan tabiat, kita mesti lakukan dengan konsisten. Jika aktiviti saya perlu keluar dari rumah saya akan menghantar mereka ke Taska. Sebaliknya jika aktiviti saya hanya didalam rumah.

Perancangan hari ini, saya nak study tentang pembelajaran saya secara online iaitu Belajar Asas Blog dan Ebook. Saya akan kongsikan pelbagai cerita yang menarik dalam blog saya ini. Semoga semua kawan-kawan berpuashati dan akan menjadi sahabat saya tidak kira secara maya atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment