Wednesday, 24 April 2013

01: Saya telah menyertai kelas belajar asas blog

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum. Hari ini merupakan antara hari yg sangat hebat untuk diri saya. sudah lama saya berhajat nak menyertai kelas asas blog bersama penulis hebat seperti Puan Masayu.

Saya selalu menjadi pembaca setia blog beliau, pekerjaan saya yang agak stress dengan kerenah bos dan rakan sekerja mendorong saya untuk mempunyai impian bekerja sendiri dari rumah.

Setelah mempunyai 2 orang cahaya cinta berusia 3 tahun dan setahun setengah tahun menyedarkan saya anak dan keluarga lebih utama dari kerjaya. Memang satu masa dahulu saya bercita-cita untuk menjadi wanita bekerjaya yang hebat.Alhamdulillah segalanya berubah setelah saya mempunyai keluarga.Keluarga adalah segalanya.

Saya selalu melayari internet untuk mencari peluang bagaimana cara saya untuk realisasikan impian saya. Setiap hari baca blog-blog di internet, walaupun mereka suri rumah tetapi mampu menjana pendapatan yg lumayan. Saya yakin, jika mereka boleh tentu saya pon boleh? Apa kelebihan mereka dan apakah kekurangan saya?

Setiap hari saya membaca dari satu blog ke satu blog sehingga lah hari ini saya juga ingin memiliki blog supaya saya dapat berkongsi dengan pembaca semua apakah yg kita patut buat sekirannya kita juga mempunyai impian untuk duduk dirumah dan mempunyai pendapatan seperti mereka.

 
p/s jika anda juga bercita-cita untuk mempunyai blog dan belajar dengan sifu yang hebat komen di bawah atau PM saya di facebook untuk mengetahui bagaimana caranya.

No comments:

Post a Comment